Warga blog yang berada diseluruh dunia sekalian..
Entry kali ni, saya akan cerita kan tentang percutian 2H1M di Lumut, Perak.
Percutian kali ni pun atas tajaan, percutian selama 2H 1M di Orient Star Hotel Lumut. Perjalanan dari Ipoh ke Lumut lebih kurang sejam setengah. Dengan ambil kira trafik lite yg amat banyak sekali. Lebih 30 biji trafik lite nak sampai kesini. Kalau ikutkan nak duduk kat hotel Best Western Marina tapi malangnya dah penuh. So, tinggallah kami di Orient Star, Lumut. Tak tau la hotel ni berapa bintang. Lokasi hotel ni memang dekat dengan jeti dan pekan lumut. Mungkin ramai yang duduk kat sini untuk transit ke Pulau Pangkor.
So, kalau percutian atas tajaan ni...tak tau lah harga sebenar nye. Kami try tanya kat receptionist masa check in, harga pakej tu lebih kurang RM2++. Macam itulah..
Sebenarnya percutian tajaan ni dijalankan sebab ada bengkel yg dianjurkan oleh company. So, lepas check in..mulalah berwoksyop. Wife dan anak2 pula mula dgn aktiviti masing2..apa lagi, get ready nak masuk swimming pool la jawabnya. Tapi kena tunggu matahari tergelincir dulu. Nanti tak pasal-pasal Sun Burn.. Hahaha.. Pantai Teluk Batik tak jauh dari sini. Tapi sekarang, pantai teluk batik tak secantik dulu. Kalau nak pergi, baik ke Pantai Teluk Senangin tapi jauh juge..lebih kurang 30min dari pekan lumut naik kereta. Pantai nya tersorok sikit dan masih terpelihara walaupun kawasan sekitarnya tak terpelihara.
Once dah tamat sesi pertama berbengkel..lepas tu, apa lagi.. siap2 masuk swimming pool la. Selesai bermandian di kolam. Mandi kat bilik pulak.. Kami tak mandi laut sebab pantai tepi hotel tu macam tak sesuai nak mandi je. Lepas settle mandi dibilik get ready nak dinner pulak. Sebelum dinner, kami sempat jalan-jalan tepi laut Selat Pangkor, tunggu matahari terbenam. kononnye.. Hahaha... aktiviti pantai kat sini tak jauh beza dengan pantai lain. Ada bot pisang, kayak dan sewaktu dengannya.
Lepas tengok matahari terbenam pulak, time jalan-jalan cari kedai makan.. tanya anak-anak nak makan mana? Anak-anak jawab, kita makan kat KFC jelah. Ok, kita makan KFC je. Banyak restoran makanan laut kat sini. Nak yang syok, boleh google. Kami makan kat KFC sebab dekat sikit dengan hotel. Selesai makan, balik semula ke hotel. Malam tu, anak2 buat aktiviti dalam bilik hotel saje sementara tunggu aku berbengkel sesi malam.
Esok paginya pulak, aku sambung berbengkel sesi pagi. So, aktiviti anak2 dan wife masuk swimming pool balik. Aku, mcm biasa..masuk bengkel..kali ni tinggal nak persembahkan slide group saje. Once dah selesai...masa tu dah tenghari. dah roger kat anak2 dan wife utk get ready check out hotel. kita orang makan kat area teluk batik tengahari tu. Sebelum balik sempat lagi beli belah hasil laut. Kalau nak rasa best, try singgah kedai hasil laut Jamilah, owner kedai sentiasa ada di kedai.. orang panggil dia Mama Jam. Banyak hasil laut dalam kedai ni. Try google, terus jumapa kedai tu. Lepas beli belah terus balik ke Ipoh..
Habis cerita.. tunggu entry yang lain..
Depan hotel menghadap laut
Tepi laut tunggu matahari terbenam dan get ready nak dinner
Nampak tak wife saya pakai PB, nampak comel kan..
Anak -anak pun nak posing comel-comel.
No comments:
Post a Comment