Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh…
Salam Sejahtera kepada semua warga blog di seluruh dunia…
Bertemu lagi kita disini..
Entry kali ni, teman nak cerita pasal jalan-jalan ke Alor
Setar pulak.
Hobi teman ni same macam wife teman.. sambil kerja, sambil
jalan-jalan dengan anak-anak, sambil cari tempat makan yang best.. Kome pun ada
yang hobi macam ni juge kan ..
Hehehe..
Kali ni, wife teman ada koje sikit di Alor Setar. Deme ade
mesyuarat di sini. So, kami anak-beranak ikut aje wife teman ke Alor Setar. Kami
bergerak dari Ipoh lebih kurang jam 11.30pagi,
perjalanan dengan kereta ambil masa dalam 3jam dari Ipoh ke Alor Setar. Kalau nak diikutkan check
in dekat Homestay dekat area Alor Setar. Orang sana panggil tempat tu ‘Pantai Johor’. Tak
pasti mana deme dapat nama macam tu.
Masa ni, cuaca di Alor Setar mendung kadang kala hujan
renyai-renyai. Sesampai je kami dekat homestay, tunggu le tuan rumah utk bagi
kami kunci rumah. Homestay ni takde wifi. So, guna wifi sendiri. Homestay ni
jenis Semi-D, ada 3 bilik. Kira besar juga ruang tamu dan ruang dapur. Kira tak
mengecewakan. Lepas check in, kami semua kepenatan…masuk bilik masing2 dan
rehat.
Aktiviti kami bermula lewat petang sampai ke malam. Lepas
rehat2 kat homestay, kami pi ronda2 kat area pekan Alor Setar. Kami cari tempat
untuk makan malam. Pusing punya pusing, kami akhirnya berhenti kat Stadium
Darul Aman, makan malam kat situ. Makan malam biasa-biasa saja. Nak kata murah
tak juga murah. Lepas makan, kami pi pasar malam area stadium lebih kurang
macam downtown juge. Beli la barang2 mainan anak-anak kat situ. Lepas
ronda-ronda kat situ. Kami pi Menara Alor Setar. Hehehe..susah benor nak dapat
parking kat sini. Jenuh pusing-pusing kat sini. Akhirnya mendapat juge utk
parking kereta. Harga tiket untuk naik Menara Alor Setar ni. Dewasa RM8.00 dan
Kanak-kanak RM4.00. kategori lain tu teman tak pasti le berapa. Kami pun naik
berlima. Hanis kira free. Untuk mengetahui berkenaan menara ni boleh dekat web
menara alor setar. Lepas dah puas pusing-pusing menara Alor Setar ni, malam pun
dah nak ke tengah malam. So, kami pun balik ke homestay semula sebabnye esok
pagi wife kena masuk meeting.
Lepas wife habis meeting dalam tengahari tu, kami sempat
lunch kat restoran atap rumbia. Boleh tahan lunch kat sini, selera kampong.
Memang kena dengan selera tekak teman ni. Alhamdulillah.. harga boleh tahan.
Sebab tu ramai orang yang lunch kat sini. Sebenarnya, kalau teman ada meeting
kat sini. Teman dengan member pun lunch kat sini juge. Itu yang teman rekemen
kat wife lunch disini. Habis lunch, teman balik semula ke Homestay untuk check
out. Kalau Homestay, kita boleh maklum kat tuan rumah untuk check out asalkan
takde yang nak check in. lain pula kalau hotel. Kena check out ikut masa yang
ditetapkan.
Once dah check-out, kami singgah kejap ke Muzium Laman Padi.
Bawak anak-anak untuk kenal dengan makanan ni. Nasib baik tak panas sangat kat
sini. Tiket masuk ke muzium ni, RM5 Dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Masa kami
melawat. Macam-macam benda boleh dilihat kat sini pasal padi atau beras dan ada
juga tempat yang menarik dalam kawasan muzium padi untuk dilawati. Lepas dah
habis melawat tempat ni. Kami pun terus pulang ke Ipoh . Sepanjang tempoh perjalanan dari Alor
Setar ke Ipoh
cuaca hujan. So, perjalanan agak perlahan. Kami sampai malam di Ipoh .
Sehingga berjumpa di entry yang akan datang...
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment