Tuesday, 26 February 2019

Trip Bajet Krabi Day 3

#TripKrabi #3thDay



Island Hopping - 4 Island - Phra Nang Beach - Tup Island - Chicken Island - Poda Island

Aktiviti hari ketiga kami untuk edisi cuti-cuti Ao Nang Krabi kali ni. Kami join trip 4 island. Kami masih gunakan tour agent yang sama macam aktiviti hari kedua. Sebab kemudahan tour agent ni memang recommended.

Aktiviti 4 Island ni meliputi lawatan ke empat buat pulau. Iyelah, takkan 5 pulau. Dah nama pun tour 4 island. 4 pulau yang kami akan lawati adalah Tup Island, Mor Island (depan Tup Island), Chicken Island, Poda Island dan akhir sekali mandi pantai di Phra Nang Beach. Fees untuk kami berlima untuk tour kali ni, dalam 3500Bhat termasuk lunch, snorkeling, life jacket.

Aktiviti tour 4 island ni, kami naik speedboat jugak. Kalau ikutkan 4 island ni tak jauh dari AoNang Beach, boleh je nak naik longtail boat macam sebelum ni. Oleh kerana kami nak rasa selamat dan jimat masa, kami pilih speedboat.

Tempat permulaan kami untuk aktiviti kali ni, Phra Nang Beach. Kami mulakan dengan aktiviti mandi pantai. Memang ada sejarah tentang Phra Nang Beach ni, tempat ni dekat dengan Gua Phra Nang, nanti you all boleh google untuk tahu kisah Gua Phra Nang.

Lokasi seterusnya, kami ke Tup Island dan Mor Island. Dari Tup Island ke Mor Island ni boleh jalan kaki bila waktu air laut surut. Kebetulan waktu kami sampai, air laut tengah surut. Kalau cuti sebelum ni, air laut pasang. Nak ke seberang memang kena meredah ombak lautan baru boleh sampai. Memang feel dia best sangat dapat mandi antara dua pulau ni. Lama jugak kami dapat mandi kat sini.

Aktiviti seterusnya, kami dibawa ke tempat untuk snorkeling. Lebih kurang dekat dengan kawasan sekitar 4 Island ni. Kami snorkeling berlima. Hanis pun join mandi laut dalam dengan kami. Tak perlu risau, peralatan snorkeling memang diberikan oleh tour agent.

Selepas dah habis aktiviti snorkeling, destinasi seterusnya kami ke Poda Island. Sebelum sampai ke Poda Island, kami dibawa pusing ke Chicken Island. Chicken Island ni, just sightseeing. Sebab pulau setongkol saja, dan boleh nampak macam kepala ayam dekat pulau tu. Dah habis tengok pulau kepala ayam, kami ke Poda Island untuk lunch.

Poda Island adalah tempat terakhir untuk aktiviti 4 island tour. Lunch kat sini, tak sama macam kat phi phi island. Sebab kat pulau ni, takde penduduk. Kemudahan untuk lunch memang kurang. Yang ada hanya kemudahan asas je, macam toilet. Tak perasan pulak, cuti sebelum ni ada toilet. So, tour agent dah siapkan lunch untuk kami. Kami pun makan macam perkelahan di tepi pantai. Kami dah siap-siap bawa tikar.

Lepas lunch, kami sambung aktiviti. Buat photoshot dan mandi pantai yang jernih air lautnya dengan sepuas-puasnya. Bila dah sampai masa tour agent berikan pada kami, kami naik boat semula untuk pulang ke daratan tanah besar. Lepas dah sampai ke jeti tour agent, pengangkutan balik disediakan oleh tour agent sampai depan hotel. Sambung pulak mandi pool hotel.

Bila semua penat mandi, kami pun balik ke bilik, sambung rehat. Sambil tu fikir, apa aktiviti untuk malam or dinner. Anak² pun berehat lepas dah habis aktiviti air seharian.

Aktiviti malam kami just dinner bertiga, kami bawa Hanis je. Hakim dengan Hannah tak berapa sihat, kami tinggal mereka kat bilik hotel je. Kami just walking sekitar Ao Nang Beach untuk cari kedai makan yang halal. Memang banyak dan meriah. Macam-macam tourist kami jumpa dan sembang. Ada dari German, dan ada dari Amerika. Macan biasa, lauk tomyam kalau kat negara thailand, memang pedas menyengat. Lepas habis makan, singgah kedai tailor buat seluar. Dijamin esok sebelum balik ke Malaysia dah siap.

Once dah siap ukur dan buat tempahan, kami balik ke hotel untuk sambung tidur. Jumpa kami, untuk aktiviti hari ke 4.

No comments:

Post a Comment