Saturday, 13 January 2018

Lawatan Tadika Nurul Barakah ke Perpustakaan Tun Razak, Ipoh

Alhamdulillah. Tahun ini Tadika Nurul Barakah bawa anak-anak saya buat lawatan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak, Ipoh. Lokasi perpustakaan ini di persimpangan berdekatan dengan Padang Ipoh. Aktiviti sebegini adalah sebahagian daripada aktiviti untuk murid-murid Tadika Nurul Barakah, Ipoh. Murid-murid ini telah dibawa dengan bas dari Pusat Pendidikan Al Barakah. Aktiviti ini telah berjaya diadakan pada 15 Nov 2017 yang lalu. Penglibatan dari semua murid tadika dari 4 tahun, 5 tahun, 6 tahun dan di iringi oleh guru-guru tadika tersebut. 


Apabila sudah sampai ke perpustakaan. Murid-murid beratur, sebelum memasuki lobi perpustakaan. Nampak meriah kan. 


Murid-murid dibawa masuk ke zon bacaan kanak-kanak. Memang best bawak anak-anak masuk library. Tapi kena tengok library tu macam mana. 


Murid-murid tengah kusyuk dengar cerita. Erm, yang hujung tu kenape tengok belakang? Mesti tak sabar nak main kat pokok tu ye. 


Selesai sudah sesi bercerita. Ok, next time kita singgah library lagi ye. Jadikan salah satu hobi anak-anak dengan hobi membaca buku. Inshaa Allah. 

No comments:

Post a Comment