Friday, 22 June 2018

Tentang Pendapat


Masa sebelum kawen, zaman awal-awal bercinta. Kami duk tanya, pasal warna kegemaran masing-masing. Kami sepakat suka kaler biru. 

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, dan bulan berganti tahun. Masa pun semakin berubah, zaman sekarang dah banyak kecanggihan. Macam tu jugak warna kegemaran kami. Setiap tahun akan tukar warna kegemaran. Ada kalanya hijau, ada kala merah, ada kala nya biru muda. 

Kalaulah warna ni umpama duit kertas RM, lagi best. Kalau selalu duit dapat kaler ungu setiap hari, memang best sangat2. Hahaha.

Dalam permulaan perjalanan bisnes kami ni, takdelah semudah yang disangka. Ada juga pasang surutnya. Macam juga air pasang surut di laut. Kami pegang kata2 dan prinsip bisnes mentor kami. 

Dalam buat bisnes ni, kami tak pandai nak janjikan bulan ke, atau sediakan roket untuk sampai ke bulan yang tinggi nun jauh disana. Apa yang baik kami terima dan apa yang kurang, kami jadikan pengajaran. Kami selalu pertimbangkan ikut kesesuaian pada masa tu. Buat apa yang perlu sahaja dan dah diguide oleh mentor yang dah dulu berjaya dari kita.



No comments:

Post a Comment